Sunday, July 5, 2009

MALAM.

Malam tadi aku jumpa seseorang, waktu itu aku sedang dipotretkan oleh seseorang, dan seseorang itu terus datang bersalam dengan aku. aku sambut salamnya. kemudian seseorang itu pun menjauh dari tempat seseorang yang memotretkan gambar aku. aku masih memerhatikan seseorang itu dan dalam masa yang sama masih setia untuk seseorang yang hendak memotretkan wajahku. tak apa, kata hatiku, sekejap lagi aku siap aku jumpa seseorang itu. seseorang itu begitu khusyuk melihat persembahan malam itu. mataku sekejap meliar ke arah seseorang itu walaupun pada malam itu memang ramai orang. tapi jangan bimbang sebab malam sekarang ni bukan gelap macam zaman dulu. malam di tengah kota terang benderang. tak bimbang. akhirnya potret aku siap oleh seseorang dan ditampalkan di kanvas dinding khemahnya. nampak macam tok guru pulak! (perasan la tu, hihihi). selesai saja aku terus dapatkan seseorang. dan tak lama lepas tu aku dipanggil seseorang lagi untuk buat persembahan pada malam itu. aku baca sajak 'Rimbun Pusaka'. bukanlah hebat sangat. tapi boleh kira ada ummph juga ler. baca tak sampai 5 minit, ada la sikit habuan depa nak bagi. terima jerlah Malam. ya, malam kian larut, aku pun mengajak seseorang dan seseorang lagi (pembaca sajak) untuk menghirup teh tarik di malam itu kat taman kanak-kanak. kemudian datang seseorang duduk bersama. tak lama kemudian datang seseorang lagi. sembang punya sembang malam dah lewat malam lepaih waktu jam berimpun. pukul 1.30 pagi agaknya baru balik. maklumlah malam tu, ada 5 orang kat meja tu, 5 orang tak pakai jam. tak taulah apa nasib kami malam tu, semua tak berjam. tapi duduk berjam-jam. akhirnya kami ambil keputusan angkat kaki pada malam tu juga. begitulah cerita malam.

SIDI ALI PUTIH: MALAM DI KOTA INI TIDAK SAMA MALAM DI KOTA ITU. MALAM DI KOTA INI BERBEZA DENGAN MALAM DI KAMPUNG. MALAM TETAP MALAM. APAPUN MALAM MENUNGGU SIANG, KITA MENUNGGU APA?

Saturday, July 4, 2009

SEBELUM ESOK

Hari ini, kita dapat lagi melihat matahari, dapat melihat segalanya. ini semua bagi yang dianugerahkan penglihatan. pancaindera yang lima, tapi bagaimana dengan mereka yang tidak senasib dengan kita. sebelum esok tiba, sudahkah kita bersiap siaga? tanyalah pada empunya diri.sesungguhnya kita ini hanya dipinjamkan sementara untuk memenuhi ruang duniawi. Ya, Tuhan! sesungguhnya aku telah menzalimi diriku, ampunilah diriku. bacalah banyak doa zikir Nabi Allah Yunus dan perut ikan nun. wahai diri berzikirlah, sepertimana pohon-pohon yang sentiasa berzikir, semuua makhluk berzikir kepada-Nya. kenapa kamu sebagai makhluk yang terbaik antara makhluk-Nya tidak pernah mahu mensyukuri nikmat dengan sebiji zikir? sebelum tiba esok, eloklah kita perbanyakkan amal. wallahualam.

SIDI ALI PUTIH: Ingat selalu dalam setiap nafas yang mengalir di jiwa sebelum esok nafas terhenti. Insaf dan Taubat.

Thursday, July 2, 2009

Salam Perkenalan

Buat semua peminat sastera dan budaya, salam perkenalan dari hamba yang fakir. Sama-samalah kita renung dan fikir, supaya nanti tidak ada yang kikir atawa tercicir. Sesungguhnya bukan mudah untuk menjadi seorang pemikir, walaupun ramai yang melakukan tanpa berfikir. Sebaiknya, berfikirlah sebelum jatuh tergelincir. Fikir itu pelita hati.